Bahaya Termakan Racun Tikus

September 23, 2008 at 3:12 pm Tinggalkan komentar

Oleh Wan ZainalAzman

Pusat Racun Negara USM

Racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama yang berdaftar. Setengah daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal. Sediaan dalam bentuk butir berwarna biasanya menarik perhatian kanak-kanak yang menganggap sebagai makanan ringan. Walaupun ia tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan tetapi setengah daripada racun tikus mengandungi bahan kimia tertentu yang toksik kepada manusia.

Keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif. Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis, antaranya; brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide, chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zinc phosphide.

Racun tikus yang mengandungi bahan kimia yang amat toksik kepada manusia telah diharamkan penjualannya oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan di rumah, contohnya; arsenik, fosforus, talium, flourida, sianida dan strichnin.

Bahan-bahan kimia yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keracunan ataupun maut jika diambil dengan kadar dos yang tinggi. Di sini akan dibincangkan tentang racun tikus yang ada di pasaran sekarang dan mungkin digunakan dan disimpan oleh pembaca.

Racun tikus yang mengandungi bahan aktif zinc phosphide merupakan antara racun yang merbahaya dengan mempunyai kadar toksik yang tinggi. Kandungan peratusan bahan aktifnya adalah sebanyak 80%. Racun tikus ini mengeluarkan bau seperti ikan busuk dan rasanya tidak akan membuatkan haiwan lain tertarik, tetapi ciri-ciri ini menarik perhatian tikus.

Biasanya racun tikus ini terdapat di pasaran dalam bentuk serbuk dan pepejal. Racun ini boleh memasuki badan kita menerusi saluran pernafasan, mulut atau diserap melalui luka.

Bila racun ini dicampur atau bersentuhan dengan air atau asid lemah ia akan membebaskan gas fosfin.

Dos

Anggaran dos mautnya lebih kurang 40 mg/kg. Keracunannya menyebabkan kesesakan paru-paru, tekanan darah menjadi rendah, sukar bernafas, muntah, kadar denyutan jantung tidak menentu, gelugut dan seterusnya menyebabkan koma, kerosakan ginjal, pengurangan sel darah putih dan boleh membawa maut dalam masa 4 hari hingga 2 minggu.

Jika berlaku keracunan rawatan awal yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mangsa minuman susu atau air bertujuan meneutralkan asid dalam perut, ikhtiarkan muntah dan segera bawa mangsa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.

Antikoagulan (agen pencair darah) adalah kelas racun tikus mempunyai tahap keracunan yang rendah pada manusia. Antikoagulan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu coumarin dan indanedione. Warfarin, difenacoum, bromadiolone dan brodifacoum merupakan komponen utama 4-hydroxycoumarin manakala indanedione pula terdiri daripada diphacinone, pindone dan chlorphacinone.

Kepekatan warfarin dalam setiap racun tikus biasanya antara 0.025 – 0.5%. Warfarin tidak mempunyai rasa, bau ataupun warna. Brodifacoum, difenacoum dan chlorphacinone dijual dalam pasaran dengan kepekatan antara 0.005 – 2%. Kumpulan ini juga dikenali sebagai superwarfarin. Kesemua komponen tersebut terdapat di pasaran dalam sediaan serbuk, butir, tablet dan kapsul.

Racun tikus warfarin bila dimakan berulangkali dalam masa sehari menyebabkan pendarahan pada tikus mahupun manusia kerana darah tidak lagi mudah membeku. Sekiranya hanya sekali sahaja diambil kesan toksik pada manusia tidak ketara. Anggaran dos mautnya ialah lebih daripada 5-20 mg sehari diambil selama lebih daripada 3-5 hari.

Kumpulan superwarfarin didapati lebih toksik daripada warfarin di mana ia boleh memanjangkan lagi masa pendarahan. Dos keracunan kumpulan superwarfarin adalah berbeza-beza mengikut kandungan racun tersebut. Dos keracunan melalui mulut bagi chlorphacinone ialah 250 – 625 mg, 7.5 mg bagi brodifacoum (0.12 mg/kg) dan 500 mg bagi difenacoum. Kumpulan ini sama juga dengan warfarin jika diambil sekali tidak merbahaya pada manusia. Ketoksikannya akan bertambah jika diambil berulangkali selama beberapa hari.

Tanda-tanda keracunan racun tikus antikoagulan seperti terasa mual atau muntah dan ceret beret.

Racun

Pendarahan yang berlaku menyebabkan luka lambat sembuh, gusi atau hidung berdarah, najis dan kencing berdarah dan dalam keadaan teruk boleh menyebabkan renjatan dan tidak sedarkan diri akibat dari pendarahan dalam termasuk pendarahan usus. Jika berlaku keracunan ikhtiarkan supaya mangsa muntah dan segera bawa mangsa ke hospital.

Oleh itu, segala racun makhluk perosak yang digunakan di rumah janganlah dipandang ringan walaupun ia kurang toksik. Jika terdedah berulangkali dalam jangkamasa yang lama boleh menyebabkan keracunan kronik kepada pengguna. Walau apa pun kes keracunan, pesakit harus mendapat rawatan dan pemeriksaan doktor secepat mungkin untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Pusat Racun Negara perlu dihubungi jika berlaku keracunan untuk mendapat nasihat dan maklumat lanjut tentang keracunan.

Soalan: Bagaimanakah kaedah penyimpanan dan penggunaan racun tikus di rumah.

Racun tikus hendaklah disimpan dengan selamat sebelum dan selepas digunakan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seelok-eloknya simpan ditempat tinggi dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak. Tempat simpanan yang berkunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman. Simpan dalam bekas asal racun tersebut dan jangan pindahkan ke dalam bekas lain.

Kebiasaannya racun tikus digunakan pada waktu malam memandangkan pada waktu ini tikus berkeliaran mencari makanan. Tempat racun diletakkan hendaklah tidak mudah dilihat oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Gunakan bekas yang hanya untuk menyediakan racun tersebut dan jangan sekali-kali gunakan bekas itu untuk menyediakan makanan. Jangan sediakan racun tikus dengan tangan dan sebaiknya cuci tangan selepas menyediakan racun tersebut.

Entry filed under: KESEHATAN MASYARAKAT, PERTANIAN, PESTISIDA. Tags: .

Daftar Analisa Usahatani Jagung BAWANG DAUN

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kalender

September 2008
S S R K J S M
     
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Most Recent Posts


%d blogger menyukai ini: